Muzium Artheon: Ekspedisi Kata Adjektif

Digital illustration · Digital Art

Size not listed

The artist hasn’t listed its size yet, so pinch to scale it once it’s on your wall.

Ekspedisi Kata Adjektif dibangunkan melalui platform Muzium Artheon yang berfungsi sebagai laman utama untuk menghimpunkan bahan pembelajaran. Laman ini menyediakan akses kepada beberapa komponen utama, iaitu bahan penerangan, bahan visual, video pembelajaran, aktiviti interaktif serta aktiviti sokongan membaca dan menulis. Susunan tersebut membolehkan pengguna mengakses bahan melalui satu pautan tanpa perlu mencari setiap sumber secara berasingan. Komponen pertama ialah video pembelajaran melalui YouTube. Video ini berfungsi menyampaikan penerangan tentang kata adjektif dengan cara yang lebih mudah diikuti. Komponen kedua ialah bahan visual yang dihasilkan menggunakan Canva, termasuk poster, infografik dan kad pembelajaran. Bahan tersebut memaparkan maklumat serta contoh yang dapat membantu murid mengenal pasti ciri setiap jenis kata adjektif. Komponen ketiga ialah aktiviti interaktif menggunakan Genially, termasuk permainan Penjara Naga dan Kata Adjektif Hangman. Aktiviti ini memberikan peluang kepada murid menguji pengetahuan melalui cabaran dan soalan yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran. Selain itu, Canva Sites digunakan sebagai pusat penyusunan bahan sokongan bagi kemahiran membaca dan menulis. Penggunaan laman ini membolehkan video, bahan visual dan aktiviti interaktif dihimpunkan dalam satu persekitaran digital yang lebih tersusun. Murid dapat meneroka aktiviti lanjutan berdasarkan arahan yang diberikan oleh guru. Aktiviti membaca dan menulis ini disediakan sebagai pengayaan, khususnya untuk membolehkan murid mengenal pasti serta menggunakan kata adjektif dalam konteks yang lebih bermakna. Secara keseluruhan, setiap komponen mempunyai fungsi yang saling melengkapi. Video dan bahan visual menyokong pemahaman konsep manakala aktiviti Genially memberikan peluang kepada murid mengaplikasikan pengetahuan melalui latihan. Canva Sites pula memastikan semua komponen dapat diakses secara bersepadu. Penyepaduan ini menjadikan Ekspedisi Kata Adjektif sebuah bahan pembelajaran digital yang mempunyai kandungan, aktiviti dan susunan penggunaan yang jelas.

Gallery

Made with Bello

Create your own virtual gallery

Free. Pick a room, hang your art, share it with one link.

Muzium Artheon: Ekspedisi Kata Adjektif by MUZIUM ARTHEON: EKSPEDISI KATA ADJEKTIF | Bello