Pesona Dua Zaman

Digital illustration · Digital Art

Size not listed

The artist hasn’t listed its size yet, so pinch to scale it once it’s on your wall.

Karya Pesona Dua Zaman menggambarkan pertembungan antara keindahan warisan budaya tradisional Cina dengan kemajuan teknologi digital. Karya ini menampilkan seorang wanita berimej Opera Peking yang mengenakan hiasan kepala tradisional serta memegang kipas bermotifkan bunga. Separuh wajah dan tubuhnya diolah menjadi struktur robotik dengan kesan piksel digital yang melambangkan transformasi daripada zaman tradisional kepada era moden. Penggunaan warna merah dan emas menyerlahkan keunikan warisan budaya, manakala warna biru dan perak mewakili kecanggihan teknologi futuristik. Gabungan kedua-dua elemen ini menyampaikan mesej bahawa warisan budaya mampu berkembang seiring dengan kemajuan teknologi tanpa kehilangan identiti dan nilai estetikanya.

Gallery

Made with Bello

Create your own virtual gallery

Free. Pick a room, hang your art, share it with one link.