Kuritayaki
Charcoal on paper · Contemporary Illustration
150 × 150 cm · 59.1 × 59.1 in
It hangs at its real size, so you can see exactly how it fits. No app needed.
Karya bertajuk “Kuritayaki” merupakan gabungan perkataan kurita (sotong kurita) dan yaki (takoyaki). Karya ini menggambarkan seekor sotong kurita yang memegang dan dikelilingi bebola takoyaki melalui olahan idea yang imaginatif serta unik. Dari aspek bahasa visual, karya ini menggunakan unsur rupa, bentuk, jalinan, warna dan ruang untuk menghasilkan komposisi yang menarik. Warna panas seperti merah, jingga, kuning dan coklat pula memberikan gambaran kehangatan makanan serta menonjolkan bentuk objek. Karya ini dihasilkan menggunakan teknik pointilisme, iaitu susunan titik-titik kecil dengan kepadatan berbeza bagi menghasilkan kesan tona, bayang-bayang, pencahayaan dan jalinan. Titik yang rapat menghasilkan kesan gelap, manakala titik yang jarang menghasilkan kesan cerah. Secara keseluruhannya, karya Kuritayaki memperlihatkan kreativiti dalam menggabungkan hidupan laut dan makanan Jepun melalui penggunaan bahasa visual serta teknik pointilisme yang memberikan identiti dan daya tarikan tersendiri kepada karya.
Gallery
Made with Bello
Create your own virtual gallery
Free. Pick a room, hang your art, share it with one link.
