Purrfect Scoop

Ink on paper · Pointillism

150 × 150 cm · 59.1 × 59.1 in

It hangs at its real size, so you can see exactly how it fits. No app needed.

Karya Purrfect Scoop merupakan sebuah karya seni digital yang dihasilkan dengan mengaplikasikan teknik Pointilisme, iaitu penggunaan titik-titik halus yang disusun secara berulang untuk membentuk imej, tekstur dan kesan ton. Karya ini mengetengahkan seekor kucing yang digambarkan sebagai aiskrim di dalam kon. Idea penghasilan karya ini tercetus daripada gabungan dua perkara kegemaran saya, iaitu aiskrim sebagai makanan kegemaran dan kucing sebagai haiwan kegemaran saya. Gabungan kedua-dua subjek ini menghasilkan satu representasi visual yang unik, kreatif dan menarik. Penggunaan variasi saiz, kepadatan dan susunan titik menghasilkan kesan gelap dan cerah yang memberikan ilusi bentuk serta kedalaman pada objek. Secara keseluruhannya, karya ini mencerminkan minat peribadi saya yang diterjemahkan melalui imaginasi dan kreativiti dalam penghasilan seni visual.

Gallery

Made with Bello

Create your own virtual gallery

Free. Pick a room, hang your art, share it with one link.