Fuggler Happy

Digital illustration · Digital Art

Size not listed

The artist hasn’t listed its size yet, so pinch to scale it once it’s on your wall.

Karya Fuggler Happy merupakan sebuah karya seni visual yang diinspirasikan daripada karakter patung Fuggler yang mempunyai rupa paras unik, pelik dan menghiburkan. Karya ini menampilkan wajah makhluk imaginasi dengan tiga mata, bulu mata yang tebal, gigi berbentuk petak serta corak tompokan warna yang tidak sekata. Penggunaan teknik titik (pointillism) menghasilkan tekstur yang menarik dan memberikan kesan visual yang tersendiri. Warna hitam, putih, coklat dan kelabu digunakan untuk menonjolkan bentuk serta karakter karya. Walaupun rupa Fuggler kelihatan sedikit menyeramkan, perkataan Happy membawa maksud kegembiraan dan keceriaan. Secara keseluruhannya, karya ini menggambarkan bahawa sesuatu yang kelihatan pelik atau berbeza juga mempunyai keunikan dan daya tarikannya tersendiri.

Gallery

Made with Bello

Create your own virtual gallery

Free. Pick a room, hang your art, share it with one link.

Fuggler Happy by KARYA POINTILISM PPRPSV1-1 | Bello