SLEEPYHEAD
Digital illustration · Contemporary Illustration
Size not listed
The artist hasn’t listed its size yet, so pinch to scale it once it’s on your wall.
Karya SLEEPYHEAD merupakan gambaran keadaan diri pengkarya yang sering mengalami keletihan setelah melalui pelbagai cabaran dan kesibukan dalam kehidupan seharian. Wajah yang kelihatan mengantuk melambangkan keadaan diri yang kehabisan tenaga, bukan sahaja dari segi fizikal malah turut menggambarkan keletihan emosi dan mental. Mata yang layu serta ekspresi wajah yang tidak bermaya mencerminkan keinginan untuk berehat seketika daripada segala perkara yang membebankan fikiran. Melalui karya ini, pengkarya ingin menyampaikan bahawa di sebalik kehidupan yang kelihatan biasa, seseorang juga mempunyai rasa penat yang kadangkala sukar untuk diluahkan. Karya ini menjadi simbol keperluan untuk memberikan ruang kepada diri sendiri untuk berehat, memulihkan tenaga dan mencari ketenangan.
Gallery
Made with Bello
Create your own virtual gallery
Free. Pick a room, hang your art, share it with one link.
