Gadis Merangkai Poo Maalai
Acrylic on canvas · Contemporary Folk Art
Size not listed
The artist hasn’t listed its size yet, so pinch to scale it once it’s on your wall.
Karya seni yang bertajuk Gadis Merangkai Poo Maalai menggambarkan seorang gadis berbangsa India yang sedang tekun menghasilkan kalungan bunga tradisional India atau dikenali sebagai Poo Maalai. Karya ini mengetengahkan keindahan budaya dan warisan masyarakat India melalui aktiviti merangkai bunga yang melambangkan kreativiti, ketelitian serta nilai tradisi yang diwarisi secara turun-temurun. Penggunaan bunga berwarna kuning dan merah menyerlahkan keunikan serta keindahan hasil seni tersebut. Karya ini dihasilkan menggunakan media campuran, iaitu cat akrilik dan cat poster di atas kanvas dengan mengaplikasikan teknik basah atas kering dan teknik kering atas kering. Secara keseluruhannya, karya ini bertujuan untuk menghargai keunikan budaya masyarakat India serta memelihara warisan tradisional agar terus dikenali dan dihargai oleh generasi akan datang.
Gallery
Made with Bello
Create your own virtual gallery
Free. Pick a room, hang your art, share it with one link.
